Tuesday, March 31, 2009

Convoy ke Perlis ( 28/3/2009 )








Salam..

Alhamdulillah..setelah berlaku perbincangan selama 2 minggu maka MUTC dapat juga menjayakan xtvt convoy ke Perlis pada 28 Mac 2009 yang lalu.Kami juga mendapat kerjasama dari Polis Trafik Perlis (terima kasih di ucapkan kepada Asp Rosli diatas nasihat yang diberikan).Kami juga mendapat tajaan dari Maxaudio, Tom Sticker's Penang dan Pro Ride.

Berikut adalah tentatif tentang perjalanan kami :

8.30 pagi : Peserta berkumpul di Stesen Minyak Petronas Tanah Merah Jitra
9.30 pagi : Convoy bergerak ke Highway Changloon
11.00 pagi : Convoy selamat sampai ke Dataran Dato' Syed Ahmad dan menunggu kehadiran member dari Perlis
11.15 pagi : Sesi bergambar dengan Sinar Harian oleh En Mohd Hasif iaitu wakil Skuad Cakna Perlis
11.45 pagi : Convoy bergerak menuju ke Gua Kelam
1 thari : Convoy selamat sampai dan parking di tempat khas.Antara xtvt yang dilakukan adalah makan tengah hari, cari gula2 dan lucky draw.
4.00 ptg : Setelah berbincang, convoy hanya akan melalui persisiran pantai Kuala Perlis sahaja kerana masing2 sudah penat.Selepas itu, convoy bergerak pulang ke Kedah.
6.00 ptg : Convoy berhenti di pit stop terakhir iaitu di C-MArt,Changloon.Masing2 bersalaman dan sesi fotografi.Selepas itu, masing2 mengikut haluan balik.


Saya bersyukur kerana Convoy selamat pergi dan balik.Usaha ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

p/s : sila rujuk akhbar Sinar Harian 31 Mac 2009 untuk mengetahui cerita MUTC.








































Pengenalan

Salam..

Selamat datang ke blog Myvi Utara Team Club.

Untuk pengetahuan anda, kelab ini ditubuhkan pada 26 Januari 2009 iaitu bersamaan 29 Muharam 1430.Seramai 10 buah kereta dan 20 orang yang hadir pada Mesyuarat Agung yang pertama penubuhan kelab ini.Kelab ini merangkumi 4 negeri iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak Utara.
Setelah berlaku perbincangan, maka kami sebulat suara memilih Majlis Tertinggi(MT) sendiri bagi tahun 2009.Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyurat tersebut adalah :

1. Kelab ini mesti didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia
2. Logo, baju, banner dll
3. Aktiviti Tahunan
4. Aktiviti Kebajikan

Berikut adalah senarai nama dan jawatan ahli Majlis Tertinggi :

Pengerusi : Adnan b Ishak
Naib Pengerusi : Khairul Anuar b. Md Noor
Setiausaha : Siti Norsyiqah bt Azmi
Pen Setiausaha : Norashikin bt Jaudin
Bendahari : Nurul Hidayah bt Shabudin
Pen Bendahari : Nur Hasliza Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa :

Wakil Kedah : Mohd Akmal Fawwaz b Muhamad Ali
Wakil Perlis : Hafis b Ramena
Wakil Penang : Mohd Fakrul Ishak b Ismail
Wakil Perak : Mohd Azhan b Jaudin
Ketua Unit Keselamatan dan Ketenteraman Awam : Irwan Irma Nizam b. Azmi
Ketua Unit Kebajikan : Mohd Faizul Aziz
Ketua Unit Kesihatan : Khairul Anuar b. Md Noor
Ketua Unit Designer : Mohd Sharuddin bin Zainol


Nantikan kemunculan kami di persada permotoran nanti.Kami berharap kelab ini akan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.Terima kasih.